Thursday, 30 June 2011

RESEPI SOS CILI



Bahan-bahan untuk Sos Cili Mudah dan Ringkas                                                        200g Cili Kering
4 ulas Bawang putih
1.5Ltr. Air
3 susu makan Minyak Masak
1 sudu teh Garam


2 sudu makan gula tebu
10 sudu makan Gula
1 sudu makan jus limau nipis
2 sudu makan Tepung Jagung dibancuh dengan 1/2 cwn air

Cara membuat Sos Cili Mudah dan Ringkas



  1. Bahagikan air kepada 3 bahagian supaya mudah saya menerangkannya.
  2. Potong dan rebus cili kering sehingga lembut. 
  3. Kisar cili kering, bawang putih dan minyak masak dengan sebahagian air sehingga betul-betul halus.
  4. Masukkan kedalam periuk dan masak sehingga mendidih bersama sebahagian lagi air. Biarkan merenih selama 10 minit.
  5. Setelah merenih, tutup api dan tapis untuk mendapatkan cili yang halus tanpa biji. Gunakan bahagian terakhir air untuk menapis sehingga tinggal hampasnya sahaja. Buang hampasnya.
  6. Masukkan semula kedalam periuk dan masak semula.
  7. Perasakan dengan garam, gula dan jus limau nipis. Biarkan sampai mendidih.
  8. Bancuh tepung jagung dengan 1/2 cawan air sejuk. Masukkan semuanya kedalam sos cili sambil dikacau dengan pantas untuk memekatkannya.
  9. Biarkan merenih sehingga terbit minyaknya barulah api ditutup dan disejukkan.

Tip Masakan Komersial
  1. Penggunaan minyak masak untuk mengisar cili kering bertujuan untuk mendapatkan kisaran yang lebih halus. kadang-kadang saya tidak merebus atau merendam cili kering terlebih dahulu. Hanya dicuci dan terus dikisar bersama minyak dan hasilnya lada boh yang halus.
  2. Secara komersial, sos cili yang terdapat dipasaran dipekatkan menggunakan tepung jagung yang terubahsuai. Saya saja meletakkan tip penting membuat sos ini dibahagian bawah supaya orang yang membaca entri ini akan merasakan resepi yang saya sertakan hanyalah resepi biasa. jadi cuma orang yang betul-betul serius dan rajin sahaja yang akan terbaca teknik ini. Tepung jagung terubahsuai ada dijual di kedai-kedai menjual bahan kuih. Anda boleh tanyakan dengan nama modified starch. Jika anda perhatikan sos yang dijual dipasaran, kepekatannya sangat stabil tak kira dimana sos diletakkan. Jika menggunakan tepung jagung biasa, sos anda akan membeku seperti puding jika diletakkan didalam peti sejuk. Sos juga akan membeku apabila tepung jagung yang digunakan terlalu banyak. Apabila sos ini dimasak semula, ia akan menjadi cair seperti tidak meletakkan bahan pemekat dan sangat berbeza jika anda menggunakan modified starch. Harga modified starch sedikit mahal diantara RM7 - RM8 sekilogram tetapi berbaloi untuk menggunakannya.
  3. Kelazatan sos cili ini hanya bergantung kepada garam dan gula sahaja. Jadi ubahsuai kandungan garam dan gula mengikut selera. Ada orang yang lebih suka sos cili yang  manis seperti sos Lingam's. Ada yang rasa bawang putihnya lebih kuat seperti sos cili thai. Ada juga yang kurang manis seperti sos cili Jalen. Anda yang menentukannya.
  4. Cuba juga membuat sos tomato. Kurangkan kandungan cili menjadi 50g sahaja dan tambahkan buah tomato segar yang masak ranum dan merah menyala. Boleh juga menggunakan tomato puri atau campuran kedua-duanya.
  5. Saya paling suka sos cili yang telah dibiarkan diatas meja beberapa hari kerana sos itu mulai mengering dan lebih berkilat. Sesuai dimakan bersama nasi goreng, mi goreng, keropok lekor, nasi ayam, tauhu sumbat dan sebagai perencah dalam masakan. Cuba la sos ini dengan burger.
  6. Sos ini tahan sekurang-kurangnya 1 minggu pada suhu bilik dan sebulan didalam peti sejuk bergantung kepada kandungan gula. Sebagai pengawet anda boleh menggunakan... Tak payah la pengawet. Kalau nak sos dengan pengawet, baik beli sos dikedai.
  7. Ada sos keropok lekor yang menambah sedikit petis udang dalam resepinya untuk menguatkan rasa keropok mereka. Anda boleh cuba sendiri dan berikan kelainan dalam hidangan anda.

3 comments:

  1. Salam bro.
    Takkan copypaste bulat-bulat artikel ni dari blog saya. Tak de inform apa-apa. Backlink pun tak de. Setakat ubah jd gula tebu je. Penat saya menulisnya bro. Bertahun buat eksperimen. Berkali-kali kaji perbezaan modified starch.
    Lg satu saya nak bgtau, gula pasir tu sama la dgn gula tebu...
    Selamat Berpuasa. Maaf Zahir Batin

    ReplyDelete
  2. Wow baik punya copy paste. Tabik la lu bai!

    ReplyDelete
  3. Salam.macam mana nak dapat sos cili yang bersinar ye?

    ReplyDelete