Thursday 17 June 2010

AMALAN PEMAKANAN MENGIKUT SUNNAH NABI SAW

Amalan pemakanan yang betul mengikut sunnah Nabi saw


Subject: Amalan pemakanan yang betul mengikut sunnah Nabi saw.
(Petikan daripada Kuliah Dhuha/Zohor Ust Abdullah Mahmud berdasarkan
hadis-hadis nabi riwayat Al Baihaqi, Termizi & Ibn Hibban)
Kita diwajibkan menjaga kesihatan tubuh badan agar sentiasa sihat kerana ia
adalah amanah daripada ALLAH S.W.T... 

Makanan yang tidak boleh dicampur dalam satu hidang

1.Susu dgn ikan
2.Cuka dgn susu
3.Buah-buahan dgn susu
4.Daun salad dgn ikan
5.Bawang putih dgn bawang merah (jika dicampur boleh menyebabkan lumpuh,bawang besar jika dimakan selama 40 hari berturut-turut boleh menyebabkan bintik hitam di muka)

6.Daging segar dgn daging kering
7.Benda masam dgn benda berasid seperti cuka
8.Cuka dgn nasi
9.Buah delima dgn serunding
10.Telur dgn ikan.

**Semua ini jika diamalkan boleh menyebabkan penyakit Lumpuh dan stroke.
**Tidur seketika (10-15min) sebelum zohor boleh mengembalikan tenaga!!

Perkara yg perlu dielakkan untuk menjaga kesihatan tubuh badan.

1.Jangan mandi air suam selepas makan kenyang.(paling bahaya drp cara pemakanan diatas)

2.Senaman sebelum makan.

3.Jangan senaman atau berjalan selepas makan tengahari (lebih kurang ?jam)

4.Jangan makan buah selepas makan.

5.Makan buah selepas makan akan mengambil masa 8 jam untuk menghadam makanan.

6.Makan buah sebelum makan (1/2 jam sebelum makan nasi)

7.Jangan tinggal makan malam walaupun sebiji kurma

8.Makan sedikit waktu malam (awet muda,sunnah nabi)

9.Selepas makan malam kena bergerak atau berjalan sekurang-kurangnya 100 langkah.

10.Jangan tidur selepas makan akan menyebabkan sembelit.

11.Meninggalkan makan malam akan  mempercepatkan tua sebelum tua.

 **kalau tak makan malam, enzim akan memproses lemak dlm perut dan  lemak akan menjadi bertambah lemak atau kolestral bertambah..

Wallahua'lam.........

No comments:

Post a Comment