Monday, 1 February 2016
Thursday, 1 January 2015
KULIT PIZZA YANG SUDAH SIAP
BAGI PELANGGAN YANG INGIN MEMBELI KULIT PIZZA YANG SUDAH SIAP DIBAKAR, SILA KUNJUNGI ZAILAN PIZZA YANG TERLETAK DI :
LOT 2649, JALAN SALLEH, 84000, MUAR, JOHOR.
CALL @ WHATSAPP 016 6467990.
HARGA SAIZ KECIL (8").........RM 1.50 SEKEPING.
HARGA SAIZ SEDANG (10").......RM 2.00 SEKEPING.
HARGA SAIZ BESAR (12").........RM 2.50 SEKEPING.
DAN BAGI PERNIAGA ( BELIAN LEBIH 50 KEPING )
HARGA SAIZ KECIL (8")............RM 1.20 SEKEPING.
HARGA SAIZ SEDANG (10").......RM 1.50 SEKEPING.
HARGA SAIZ BESAR (12").........RM 2.00 SEKEPING.
Sunday, 26 January 2014
TEPUNG PIZZA SEGERA ZAILAN
AGEN DIPERLUKAN
Saturday, 20 August 2011
Promosi Hari Raya
Monday, 17 January 2011
RESEPI NASI AYAM
Bahan-bahan ( 6-8 orang )
- Untuk rebus
- -1 ekor ayam
- - 2 ulas bawang putih
- - 2sm halia yg diketuk
- Untuk perap
- > 1 sudu besar kicap pekat
- > 1 sudu besar sos tiram
- > 1cm halia
- > 2 ulas bawang putih
- > sedikit kicap cair
- >sedikit madu untuk nampak kilat apabila digoreng.
- Untuk nasi
- - 5cwn beras
- - 3 sudu besar butter
- - 1cm halia- ditumbuk
- - 4 ulas bawang putih -ditumbuk
- - air rebusan ayam tadi secukupnya
- - sedikit garam.
- Bahan sos lada
- > 5biji cili merah
- > 5 ulas bawang putih
- > 2cm halia
- > 1 sudu teh cuka, garam, gula
- > 1/2 cawan air
- Bahan sos kicap
- > Baki air perapan ayam tadi bolehlah digunakan sebagai sos kicap.
- > Tambah sedikit kicap manis dan masak.
- Untuk sup
- -lebihan air rebusan ayam
- -1 biji bawang besar kisar
- -rempah sup
- -garam
- -daun sup yg dihiris.
Cara-cara
- Ayam dibersihkan dan di lumur dengan 2 ulas bawang putih yg ditumbuk dan 2sm halia yg diketuk.
- Masak air dalam periok sehingga betul2 mendidih, kemudian masukan ayam tersebut dan tutup rapat. Padamkan api dan biarkan selama 45 minit.
- Toskan ayam dan perap dengan bahan-bahan untuk perap selama 15-20min. Goreng hingga garing.
- Basuh beras dan toskan. Panaskan butter, tumis halia dan bawang putih hingga garing. masukkan beras, terbit bau, masukkan air rebusan ayam secukupnya dan garam. Masak seperti biasa.
- Untuk sos-blendkan semua bahan diatas. boleh ditambah tomato sos/sos cili jika suka. Boleh juga dimasak sebentar (jika suka)
- Untuk sup- air rebusan ayam didihkan bersama bawang besar, rempah sup, garam dan daun sup tadi.
NASI GORENG KAILAN
BAHAN2 UNTUK NASI GORENG KAILAN ( 5 org )
1. 1/2 kg. sayur kailan yang dipotong menyerong 1 inci
2. 5 piring nasi sejuk
3. 300 grm. udang yang sudah di buang kulit
4. 2 sudu teh halia parut atau tumbuk lumat
5. 5 biji telor ayam
6. 5 ulas bawang putih di cincang
7. 3 sudu makan kicap masin
8. 1 sudu teh lada sulah
9. 1sudu teh serbuk perasa ayam
10. minyak goreng secukupnya
Cara Memasak
1. Panaskan minyak di dalam kuali
2. Tumis halia bersama dengan bawang putih hingga mengeluarkan bau harum nan sedap.
3. Masukkan udang sampai masak
4. Kemudian masukan sayur kailan ( di sisihkan ketepi )5. Masukkan telur ayam dan kacau hingga masak
6. Masukkan nasi dan kacau hingga rata bersama telur dan yang lainnya tadi.
7. masukkan serbuk perasa, kicap dan lada sulah, kemudian kacau sampai rata.
8. Apabila semuanya masak dan berbau wangi , bolehlah dihidangkan.
9.Taburkan hirisan lada merah dan daun sadri.

Mee Bandung Muar
BAHAN BAHANNYA:
-1/2kg. lada kering...........(pilih lada kering yang kurang pedas)
-1/2kg. udang kering.......(pilih udang kering yang tidak berbau hapak dan kerana dialah yang menentukan mutu mi bandung kita)
-6ulas bawang putih.........(dimayang halus atau dikisar)
-2biji bawang besar..........(dimayang halus atau dikisar)
-secubit belacan................(lebihkurang 1/2", digoreng terlebih dahulu)
-ajinomoto..........................(jika perlu)
-1sudu makan garam.
-4sudu makan gula.
-250ml.minyak kelapa.....(sebaikbaiknya jangan gunakan minyak kacang)
-6keping biskut merrie....(direndam seketika dan apabila kembang lalu dibuang airnya)
CARA MEMBUAT REMPAH MI BANDUNG MUAR:
panaskan minyak di dalam kuali. apabila sudah panas masukkan bawang putih dan bawang merah. apabila sudah garing (jangan sampai hangus) masukkan udang kering yang sudah di kisar (blander), tunggu sehingga naik minyak masukkan lada yang sudah dikisar dan diikuti dengan bahan yang lain . tunggu sehingga masakan naik minyak baru lah selesai dan siaplah rempah mi bandung kita.
CARA MEMASAK MI BANDUNG:(untuk satu hidangan)
masukkan minyak kedalam kuali .apabila sudah panas masukkan setengah senduk rempah mi bandung, kemudian masukkan air rebusan tulang lembu. ( jangan terlalu cair) rasa kuahnya dan tambah garam, ajinomoto dan gula mengikut selera anda. apabila mendidih masukan sebiji telur ayam. apabila telur itu masak alihkannya kedalam pinggan. masukkan daging lembu yang sudah dihiris nipis, udang, sotong kembang. dan apabila ianya masak barulah masukan sayur sawi, buah tomato, tauhu (yang sudah digoreng) dan mee.apabila masak masukan masakan anda kedalam pinggan longkom atau mangkuk. diatasnya letak telur yang dimasak tadi. taburkan bawang goreng dan daun sup. maka siaplah mi bandung muar anda dan boleh dimakan. selamat mencuba.........

KEISTIMEWAAN MADU LEBAH ASLI
Keistimewaan Madu Lebah:
1- Tidak menganggu selaput dinding sistem penghadaman.
2- Mudah dan cepat diasimilasikan oleh badan.
3- Membekalkan tenaga yang diperlukan oleh badan dengan cepat.
4- Membantu memulihkan tenaga ahli sukan atau sesorang yang menggunakan tenaga dengan banyak.
5- Walaupun mengandungi gula, tetapi gulanya jenis yang mudah dan serasi dikendalikan oleh buah pinggang.
6- Ia mempunyai kesan laxative semulajadi bagi melawas pembuangan air besar.
7- Amat berkesan badi menenangkan tubuh dan akal fikiran.
8- Madu menjaga jantung dan menjauhkan sejuk dari dada. Ia boleh memberi perlindungan dari pelbagai jenis penyakit.
9- Hati orang yang beriman itu manis dan kerana itu ia suka kepada kemanisan (madu).
10- Ia baik untuk kesihatan, boleh memberi tenaga dan mencerdikkan akal.
Surah An-Nahl ayat 68 Allah menjelaskan bahawa madu yang keluar daripada lebah berperanan sebagai ubat bagi pelbagai jenis penyakit. Bagi penyakit pada otak seperti lemah berfikir dan mudah lupa, amalan meminum madu lebah dikatakan dapat membantu mengatasi penyakit tersebut.
Antara keistimewaan madu lebah dapat diungkapkan dalam kata-kata Ibnu Sina:
"Madu itu menguatkan roh (kerohanian). Madu menambah kerajinan dan semangat, membuka selera makan, memelihara kemudaan dan menolong melancarkan ucapan".
Tepatlah tulisan Dr. Rihaan 'Ukaawi: "Madu berupa bahan berunsur manis yang menimbulkan kerajinan, kekuatan, kecemerlangan, bertenaga dan kesukaan".
Oleh kerana itu, Rasulullah SAW sangat senang minum madu dan bahkan membiasakannya. Madu merupakan makanan dan minuman berkhasiat dalam kepentingan fizikal dan mental. Orang Arab mempunyai ingatan yang kuat adalah berpunca daripada berkatnya madu lebah.
Dalam Tib an Nabawi, Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah memetik hadis Rasulullah SAW, maksudnya: "Hendaklah kamu berubat dengan dua perkara; iaitu madu dan al-Quran". (Ibnu Majah dan Al-Hakim)
Kandungan Madu Lebah:
Vitamin;
1- Vitamin A
2- B-Komplek
3- Vitamin C
4- Vitamin E
5- Vitamin K
Zat Galian;
1- Kalsium
2- Sulphur
3- Fosforos
4- Zat Besi
5- Karbon
6- Magnasium
7- Naterium
8- Kalium
9- Klorin
10- Iodin
11- Kuprum
12- Maganese
13- Silica
14- Riboflavin
15- Protein
16- Potassium
17- 10 Hda
18- Kromium
Bahan-bahan yang terdapat di dalam madu lebah bertindak sebagai:
1- Zat yang bernilai tinggi
2- Agen penjagaan kesihatan
3- Ubat kepada pelbagai penyakit
Ibnu Juraij ra. pernah menyebutkan perkataan Imam Az-Zuhri ra. tokoh hadis di kota Madinah yang berkata:"Selalulah anda minum madu kerana sesungguhnya ia bagus untuk hafalan".
Menurut Ibnu Qaiyyim dalam Tib an-Nabawi (Kitab Perubatan Nabawi dan Tabi-ie): "Madu merupakan makanan bersama makanan yang lain, ubat bersama ubatan yang lain, minuman bersama minuman yang lain, manisan bersama manisan yang lain, bahan adunan bersama bahan adunan yang lain dan memberi kezalatan kepada hidangan-hidangan yang lain".
Madu juga berperanan menghilangkan lendir atau kahak dalam dada dan kerongkong, yang menyebabkan lupa. Sering meminum madu akan menghilangkan lendir tersebut dan ingatan menjadi kuat.
Di dalam kitab Bainal Tib wal Islam, Doktor Hamid al-Ghawabi menulis bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda, maksudnya: "Sesiapa ingin menghafal, hendaklah minum madu. Ia adalah penyembuh segala penyakit, manakala al-Quran adalah penyembuh penyakit jiwa (hati) , kerana itu hendaklah kamu selalu menggunakan dua jenis ubat, iaitu madu dan al-Quran (pembacaan dan pengubatannya)".
Cara makan madu lebah:
1- Dimakan terus.
2- Madu boleh dijadikan minuman apabila dicampur dengan air atau minuman lain.
3- Bagi mereka yang sukar tidur malam (insomnia) amalkan minum 1 sudu besar madu lebah sebelum tidur malam.
Menurut Imam Adz-Dzahabi: "Adalah Nabi SAW pada setiap hari minum segelas madu yang telah dicampur dengan air kosong sebelum sarapan".
sumber: Panduan Mencerdaskan Minda oleh Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood, Jaafar Salleh, Penerbit Telaga Biru, M/Surat 50-52
Walau bagaimanapun, dengan sifat busuk hati dan tamak peniaga sekarang, kadang kala madu tiruan dikatakan madu asli. Tak pasal-pasal, apa yang kita minum itu gula semata. Mari kita lihat perbezaan Madu Lebah yang asli dan tiruan.
Saya pernah tertanya2 macam mana nak bezakan madu asli dan madu campuran. Madu yang banyak terdapat di pasaran kadangkala dicampur dengan bermacam-macam campuran oleh peniaga untuk mengaut keuntungan semata tanpa memikirkan kesannya kepada pengguna. Lebih malang jika kita terbeli madu tiruan yang hanya mengandungi gula biasa yang telah diproses menjadi seperti madu ianya, berbahaya kepada yang ada penyakit kerana rupanya tiada beza dengan madu asli.
Ada juga sesetengah madu asli di pasaran yg telah mengalami proses pengawetan dan pengurangan kandungan air supaya tahan lama dan tidak meletup dalam simpanan. Proses yang demikian telah merosakkan separuh dari enzim yang bernilai yang terdapat dalam madu asli. Saya pernah mengalami penutup botol madu mak saya melantun/meletup, mungkin betullah madu yang mak saya beli 100% pure honey, tiada bahan campuran. Botol madu rumah saya sendiri tak pernah meletup… hemmm…
Madu lebah liar mengandungi propolis, debunga lebah dan royal jelly jika dibandingkan dengan madu lebah biasa yang hanya mengandungi madu. Sebahagian pengkaji madu menyatakan semakin hitam madu semakin baik dan semakin berkhasiat walaupun sebenarnya warna bukan menentukan keaslian madu.
Ramai dikalangan penjual madu sendiri gagal memberikan penjelasan bagaimana utk bezakan yang asli dan tiruan. Bagi menguji keaslian madu liar asli atau madu lain sedikit panduan boleh dipelajari. Sukar sebenarnya untuk membezakan antara madu asli dan tiruan melainkan menerusi ujian makmal. Bagi mereka yang biasa makan madu tulen dengan sendirinya dapat membezakan rasa madu tiruan.
Saya sertakan tips utk membezakan madu asli dan tiruan. Antaranya :
1. Madu campuran mengandungi kandungan gula sukrosa melebihi lima peratus (label di botol seharusnya ditulis sukrosa)
2. Madu sintetik mengandungi kandungan HMF melebihi 80 miligram perkilogram madu
3. Tuang sedikit madu di dalam bekas kemudian campurkan sedikit air dan digoyangkan perlahan-lahan. Jika membentuk sarang lebah menandakan ia adalah madu asli dan tulen tetapi jika sebaliknya seperti rekahan dan sebagainya, menandakan adanya campuran. Keistimewaan ini menunjukkan bagaimana bentuk sarang lebah begitulah bentuk madunya apabila di uji.
4. Apabila menuang di atas bekas , madu tidak terputus-putus, ia seperti tali kerana ada daya graviti. Manakala madu biasa akan terputus-putus.
5. Apabila madu dititiskan di atas bekas atau tapak tangan ia secara semula jadi akan membentuk bulatan 100 peratus, ia tidak akan leper walau sekecil mana sekalipun titisan itu.
6. Madu yang benar-benar asli tidak beku apabila di simpan di dalam peti sejuk dan tahan lama sehingga lima tahun bahkan boleh mencapai ratusan tahun , manakala madu tiruan akan beku apabila di simpan di dalam peti sejuk dan akan mengeluarkan buih di bahagian atas.
7. Pecahkan sebiji telur ayam dan campurkan bersama sesudu madu. Madu asli akan menyebabkan isi telur masak, tetapi tidak bagi madu tiruan
8. Madu asli tidak dikerumuni/dihurung semut, tetapi madu tiruan yang bercampur gula akan dikerumuni/dihurung semut.
N.B. Ada statement yang menyatakan tak elok madu diletakkan dalam peti sejuk, kerana enzim/kualiti madu akan berkurangan, wallahu'alam.

9. Madu asli lebih tumpat daripada air. Apabila dicampur dengan air biasa dalam satu gelas ia tidak cepat larut malah ia terus jatuh ke dasar gelas.
10. Bila dititis atas kertas ia tidak akan meninggalkan kesan apabila dilap.
11. Celupkan kepala macis ke dalam madu. Kepala macis yang terkena cairan madu masih boleh dinyalakan bila digesek.
12. Madu asli akan membentuk heksagen di dalam air yang tak dikacau.
Wallahualam. Semoga kita tidak ditipu lagi....
sumber : http://www.jphpk.gov.my/Malay/Ogos06%2028d.htm
Hanya 20 peratus madu lebah di pasaran asli
Oleh Mona Ahmad
Berita Harian, 28 Ogos 2006
KOTA BHARU: Kajian penyelidik Universiti Malaya (UM) mendapati hanya 20 peratus madu lebah yang dijual dalam pasaran negara ini asli, selebihnya madu campuran dan sintetik.
Penyelidikan mereka juga mendapati penggunaan madu campuran dan sintetik dalam bahan makanan dan minuman secara berterusan boleh menjejaskan kesihatan,termasuk peningkatan kandungan sukrosa dalam badan dan merosakkan sel herpa (hati).
Ketua penyelidikan itu, Prof Dr Kamaruddin Mohd Yusoff daripada Jabatan Perubatan Molekular, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), berkata rumusan itu hasil kajian mereka terhadap ratusan madu tempatan yang didakwa asli dari seluruh negara.
Beliau berkata, menerusi kajian yang dijalankan sejak 1998 itu, pihaknya mendapati kebanyakan madu tempatan yang didakwa asli itu sebenarnya madu campuran atau sintetik.
Kami dapati kebanyakan madu yang didakwa asli ini menggunakan campuran gula pasir dan kandungannya ada yang mencecah 50 peratus, sekali gus boleh menyebabkan penyakit kencing manis jika diambil berterusan.
Madu sintetik pula dihasilkan di kilang menggunakan sirap jagung berfruktosa tinggi yang dicampur dengan asid pekat yang menghasilkan sejenis bahan yang dikenali sebagai hydroxymethylfurfuraldehyde (HMF).
"HFM menghasilkan sejenis toksik yang boleh menjejaskan sel herpa (hati) pengguna dan boleh menyebabkan kanser usus besar," katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Beliau membentangkan kajian bertajuk Kewujudan Madu Campuran dan Sintetik di Malaysia itu di Persidangan Antarabangsa Mengenai Penggunaan Madu dalam Bidang Perubatan: Daripada Sarang ke Terapi, anjuran Universiti Sains Malaysia (USM), di sini.
Persidangan yang turut disertai peserta dari luar negara termasuk Amerika Syarikat, New Zealand dan Australia dirasmikan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed, malam kelmarin.
Dr Kamaruddin yang sudah terbabit dalam bidang penyelidikan madu sejak 20 tahun lalu, berkata pihaknya menerima ratusan botol madu tetapi hanya memilih 40 botol termasuk dari Sabah dan Sarawak untuk kajian lanjut.
"Hasil kajian sampel di makmal, hanya sembilan botol madu itu adalah asli, selebihnya madu dicampurkan dengan gula dan sintetik yang dihasilkan di kilang menerusi tindak balas kimia," katanya.
Beliau menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati ketika membeli madu yang dijual di pasaran, bagi mengelakkan ditipu seterusnya menjejaskan kesihatan.
"Memang madu banyak khasiat terutama dari segi perubatan, tetapi jika kita tersalah pilih dengan makan madu bukan asli, banyak keburukan yang bakal menanti. Belilah madu terus dari penternak atau sumber yang diyakini," katanya.
link paperwork : http://eprints.um.edu.my/876/1/honey.pdf

RESEPI BEEF PATIE PIZZA
Bahan bahan untuk pattie
-1kg. daging lembu hancur
-3sudu makan soya sos
-1sudu makam jus lemon
-1sudu serbuk lada hitam
-5 ulas bawang putih di cincang
-1 biji bawang besar di mayang
-1inci halia di cincang
-2 sudu sos tiram
-1sudu gula pasir
Cara cara membuatnya
Gaulkan kesemua bahan bahan tersebut.
Kemudian goreng bahan tersebut didalam kuali tampa minyak sehingga masak. (kering)
Bahan bahan untuk sos
-sedikit minyak untuk menumis
-3 ulas bawang putih di cincang
-1biji bawang besar di cincang
-5-7 biji cendawan butang di cincang
-5 biji buah tomato di cincang
-5 sudu makan tomato pure
-1/2 biji lada bangla di cincang
-6in lobak merah dicincang
-sedikit herba untuk aroma
-1kg tomato sos
-250grm. cili sos
-sedikit garam
Cara membuatnya
Panaskan minyak di dalam periok atau kuali.
Kemudian tumis bawang putih hingga kuning
Masukan tomato pure dan bahan bahan yang telah dicincang
Apabila aromanya sudah sudah naik,
masukan tomato sos dan cili sos ( kecilkan api )
Masukkan sedikit garam dan taburkan herba
Kacau hingga masak .
BAHAN BAHAN DAN
CARA PENYEDIAAN BEEF PATTIE PIZZA
(CARA MEMMASAKNYA BOLEHLAH LIHAT DI VIDEO BAWAH)
-DOH PIZZA
-SOS PIZZA
-BAWANG HOLLAND
-BUAH TOMATO
-LADA BANGALA
-SAYUR CAMPUR
-CILI SOS
-CENDAWAN BUTANG
-SOSAJ LEMBU
-MUSTARD SOS( MUSTARD + MAYONNAISE)
-DAGING PATTIE
-MOZARELLA CHEESE
-OREGANO

Nasi Goreng Cina
Bahan-bahan
1 mangkuk besar nasi sejuk
2 biji telur
udang/ ayam/ sotong
sayur campur
daun bawang
1 sudu teh serbuk pati ayam
minyak masak
garam
3 ulas bawang putih di tumbuk
lada sulah
Cara-caranya
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih sehingga naik bau.
2. Masukkan telur dan biarkan sebentar.
3. Bila nampak telur separuh masak kacau supaya hancur sedikit.
4. Masukkan udang/ ayam/ sotong. Kacau rata.
5. Masukkan sayur campur, serbuk pati ayam dan garam. kacau lagi.
6. Masukkan nasi . Kacau supaya rata.
7. Masukkan potongan daun bawang dan kacau. siap untuk dimakan.

Nasi goreng kampung
Bahan untuk bumbu:
Bahan-bahan ( 3org )
- 3 cawan nasi putih
- 20 biji cili padi hijau
- 4 ulas bawang putih
- 1 biji bawang besar
- ikan bilis goreng
- ikan bilis mentah ( basuh agar lembut )
- 1 sudu teh belacan goreng / bakar
- 1 ikat kangkung / sawi
- 3 sb minyak masak
- garam
- serbuk perasa
Cara-cara
- Dalam lesung batu, belacan, cili padi & bwg putih ditumbuk lumat, masuk ikan bilis mentah dan bwg besar tumbuk kasar2.
- Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bahan tumbuk,tumis hingga bwg kekuningan. Masukkan nasi putih. Gaul rata. Masuk garam & serbuk perasa. Gaulkan biar sebati.
- Api biarkan perlahan.Masukkan ikan bilis goreng. Kacau biar sekata. Lepas nasi dah gebu lebih kurang 10minit masukkan kangkung atau sawi
- Kacau nasi dan rasa tawar atau masinnya. Adjust dah ok, siap :)
- ** Kalau yg suka pedas blh tambahkan lagi cili padi. ** Kalau suka ikan bilis goreng lebih blh tambahkan lagi
NASI LEMAK KUKUS
Bahan-bahan ( 4 @ 5 org )
* 5 cawan beras
* 2 biji pati santan
* 3 helai daun pandan
* Garam secukup rasa
Cara-cara
1. Didihkan air dalam pengukus. Basuh beras dan kukus dalam pengukus selama 20 minit atau beras separuh masak. Keluarkan beras dari pengukus dan rendam dengan air sekurang-kurangnya 3-4 jam supaya beras memanjang 2 kali ganda.
2. Tukar air selalu jika perlu penyejukan lebih cepat. Setelah itu, kukus semula beras yang telah memanjang tadi hingga masak atau lebih kurang 15 minit. Keluarkan nasi yang telah masak dan gaul bersama santan yang telah dicampur garam dan biar seketika atau 10 minit supaya santan menyerap masuk dalam beras. Akhir sekali, kukus lagi sekali bersama daun pandan hingga nasi kelihatan berderai, cantik dan santan yang terserap tadi masak.
3. Tambahan: Semasa mengukus, lubangkan dengan jari beras tersebut supaya masak serata. Sekiranya hendak makan pada pagi, kukus dan rendam pada waktu malam sebelum. Lebih lama rendam, lebih panjang beras. Nasi lemak kukus ini lebih sedap dari yang ditanak biasa dan lebih untung kerana tiada kerak.

TELOR BUNGKUS
Bahan-bahannya
5 biji telur
200 gm daging lembu atau ayam -dicincang
200 gm sayur campur (jagung, lobak merah dan kacang pis)
3 ulas bawang putih - dicincang
1 labu bawang besar - dipotong dadu
1 cm halia - dicincang
4 biji cendawan butang
1/2 biji lada bangla - dipotong dadu1 sudu besar rempah kari/oyster sauce
2 sudu besar sos tomato
Sedikit garam & gula
Kalau suka pedas, guna cili padi, cincang halus.
Cara-caranya
Tumis bawang putih, dan halia hingga wangi kemudian masukkan bawang besar,cendawan butang dan lada bangla . Biarkan layu, kemudian masukkan rempah kari serta daging cincang. Tambahkan sos tomato, garam dan perasa. Akhir sekali masukkan sayuran campur (and cili padi, kalau gunakan). Biarkan sebentar hingga semuanya masak dan bolehlah diangkat. Pukul telur hingga kembang. Panaskan kuali dan goreng seperti membuat telur dadar. Apabila telur setengah masak, letakkan intinya di tengah-tengah dan lipatkan telur supaya intinya tidak terkeluar.

Subscribe to:
Posts (Atom)