Monday 17 January 2011

KEISTIMEWAAN MADU LEBAH ASLI

Keistimewaan Madu Lebah:
1- Tidak menganggu selaput dinding sistem penghadaman.
2- Mudah dan cepat diasimilasikan oleh badan.
3- Membekalkan tenaga yang diperlukan oleh badan dengan cepat.
4- Membantu memulihkan tenaga ahli sukan atau sesorang yang menggunakan tenaga dengan banyak.
5- Walaupun mengandungi gula, tetapi gulanya jenis yang mudah dan serasi dikendalikan oleh buah pinggang.
6- Ia mempunyai kesan laxative semulajadi bagi melawas pembuangan air besar.
7- Amat berkesan badi menenangkan tubuh dan akal fikiran.
8- Madu menjaga jantung dan menjauhkan sejuk dari dada. Ia boleh memberi perlindungan dari pelbagai jenis penyakit.
9- Hati orang yang beriman itu manis dan kerana itu ia suka kepada kemanisan (madu).
10- Ia baik untuk kesihatan, boleh memberi tenaga dan mencerdikkan akal. 

Surah An-Nahl ayat 68 Allah menjelaskan bahawa madu yang keluar daripada lebah berperanan sebagai ubat bagi pelbagai jenis penyakit. Bagi penyakit pada otak seperti lemah berfikir dan mudah lupa, amalan meminum madu lebah dikatakan dapat membantu mengatasi penyakit tersebut.

Antara keistimewaan madu lebah dapat diungkapkan dalam kata-kata Ibnu Sina:
"Madu itu menguatkan roh (kerohanian). Madu menambah kerajinan dan semangat, membuka selera makan, memelihara kemudaan dan menolong melancarkan ucapan".

Tepatlah tulisan Dr. Rihaan 'Ukaawi: "Madu berupa bahan berunsur manis yang menimbulkan kerajinan, kekuatan, kecemerlangan, bertenaga dan kesukaan".

Oleh kerana itu, Rasulullah SAW sangat senang minum madu dan bahkan membiasakannya. Madu merupakan makanan dan minuman berkhasiat dalam kepentingan fizikal dan mental. Orang Arab mempunyai ingatan yang kuat adalah berpunca daripada berkatnya madu lebah.

Dalam Tib an Nabawi, Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah memetik hadis Rasulullah SAW, maksudnya: "Hendaklah kamu berubat dengan dua perkara; iaitu madu dan al-Quran". (Ibnu Majah dan Al-Hakim)

Kandungan Madu Lebah:
Vitamin;
1- Vitamin A
2- B-Komplek
3- Vitamin C
4- Vitamin E
5- Vitamin K

Zat Galian;
1- Kalsium
2- Sulphur
3- Fosforos
4- Zat Besi
5- Karbon
6- Magnasium
7- Naterium
8- Kalium
9- Klorin
10- Iodin
11- Kuprum
12- Maganese
13- Silica
14- Riboflavin
15- Protein
16- Potassium
17- 10 Hda
18- Kromium

Bahan-bahan yang terdapat di dalam madu lebah bertindak sebagai:
1- Zat yang bernilai tinggi
2- Agen penjagaan kesihatan
3- Ubat kepada pelbagai penyakit

Ibnu Juraij ra. pernah menyebutkan perkataan Imam Az-Zuhri ra. tokoh hadis di kota Madinah yang berkata:"Selalulah anda minum madu kerana sesungguhnya ia bagus untuk hafalan".

Menurut Ibnu Qaiyyim dalam Tib an-Nabawi (Kitab Perubatan Nabawi dan Tabi-ie): "Madu merupakan makanan bersama makanan yang lain, ubat bersama ubatan yang lain, minuman bersama minuman yang lain, manisan bersama manisan yang lain, bahan adunan bersama bahan adunan yang lain dan memberi kezalatan kepada hidangan-hidangan yang lain".

Madu juga berperanan menghilangkan lendir atau kahak dalam dada dan kerongkong, yang menyebabkan lupa. Sering meminum madu akan menghilangkan lendir tersebut dan ingatan menjadi kuat. 

Di dalam kitab Bainal Tib wal Islam, Doktor Hamid al-Ghawabi menulis bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda, maksudnya: "Sesiapa ingin menghafal, hendaklah minum madu. Ia adalah penyembuh segala penyakit, manakala al-Quran adalah penyembuh penyakit jiwa (hati) , kerana itu hendaklah kamu selalu menggunakan dua jenis ubat, iaitu madu dan al-Quran (pembacaan dan pengubatannya)".

Cara makan madu lebah:
1- Dimakan terus.
2- Madu boleh dijadikan minuman apabila dicampur dengan air atau minuman lain.
3- Bagi mereka yang sukar tidur malam (insomnia) amalkan minum 1 sudu besar madu lebah sebelum tidur malam.

Menurut Imam Adz-Dzahabi: "Adalah Nabi SAW pada setiap hari minum segelas madu yang telah dicampur dengan air kosong sebelum sarapan".

sumber: Panduan Mencerdaskan Minda oleh Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood, Jaafar Salleh, Penerbit Telaga Biru, M/Surat 50-52

Walau bagaimanapun, dengan sifat busuk hati dan tamak peniaga sekarang, kadang kala madu tiruan dikatakan madu asli. Tak pasal-pasal, apa yang kita minum itu gula semata. Mari kita lihat perbezaan Madu Lebah yang asli dan tiruan.

Saya pernah tertanya2 macam mana nak bezakan madu asli dan madu campuran. Madu yang banyak terdapat di pasaran kadangkala dicampur dengan bermacam-macam campuran oleh peniaga untuk mengaut keuntungan semata tanpa memikirkan kesannya kepada pengguna. Lebih malang jika kita terbeli madu tiruan yang hanya mengandungi gula biasa yang telah diproses menjadi seperti madu ianya, berbahaya kepada yang ada penyakit kerana rupanya tiada beza dengan madu asli.

Ada juga sesetengah madu asli di pasaran yg telah mengalami proses pengawetan dan pengurangan kandungan air supaya tahan lama dan tidak meletup dalam simpanan. Proses yang demikian telah merosakkan separuh dari enzim yang bernilai yang terdapat dalam madu asli. Saya pernah mengalami penutup botol madu mak saya melantun/meletup, mungkin betullah madu yang mak saya beli 100% pure honey, tiada bahan campuran. Botol madu rumah saya sendiri tak pernah meletup… hemmm…

Madu lebah liar mengandungi propolis, debunga lebah dan royal jelly jika dibandingkan dengan madu lebah biasa yang hanya mengandungi madu. Sebahagian pengkaji madu menyatakan semakin hitam madu semakin baik dan semakin berkhasiat walaupun sebenarnya warna bukan menentukan keaslian madu.

Ramai dikalangan penjual madu sendiri gagal memberikan penjelasan bagaimana utk bezakan yang asli dan tiruan. Bagi menguji keaslian madu liar asli atau madu lain sedikit panduan boleh dipelajari. Sukar sebenarnya untuk membezakan antara madu asli dan tiruan melainkan menerusi ujian makmal. Bagi mereka yang biasa makan madu tulen dengan sendirinya dapat membezakan rasa madu tiruan.

Saya sertakan tips utk membezakan madu asli dan tiruan. Antaranya :

1. Madu campuran mengandungi kandungan gula sukrosa melebihi lima peratus (label di botol seharusnya ditulis sukrosa)

2. Madu sintetik mengandungi kandungan HMF melebihi 80 miligram perkilogram madu

3. Tuang sedikit madu di dalam bekas kemudian campurkan sedikit air dan digoyangkan perlahan-lahan. Jika membentuk sarang lebah menandakan ia adalah madu asli dan tulen tetapi jika sebaliknya seperti rekahan dan sebagainya, menandakan adanya campuran. Keistimewaan ini menunjukkan bagaimana bentuk sarang lebah begitulah bentuk madunya apabila di uji.

4. Apabila menuang di atas bekas , madu tidak terputus-putus, ia seperti tali kerana ada daya graviti. Manakala madu biasa akan terputus-putus.

5. Apabila madu dititiskan di atas bekas atau tapak tangan ia secara semula jadi akan membentuk bulatan 100 peratus, ia tidak akan leper walau sekecil mana sekalipun titisan itu.

6. Madu yang benar-benar asli tidak beku apabila di simpan di dalam peti sejuk dan tahan lama sehingga lima tahun bahkan boleh mencapai ratusan tahun , manakala madu tiruan akan beku apabila di simpan di dalam peti sejuk dan akan mengeluarkan buih di bahagian atas.

7. Pecahkan sebiji telur ayam dan campurkan bersama sesudu madu. Madu asli akan menyebabkan isi telur masak, tetapi tidak bagi madu tiruan

8. Madu asli tidak dikerumuni/dihurung semut, tetapi madu tiruan yang bercampur gula akan dikerumuni/dihurung semut.



N.B. Ada statement yang menyatakan tak elok madu diletakkan dalam peti sejuk, kerana enzim/kualiti madu akan berkurangan, wallahu'alam.



9. Madu asli lebih tumpat daripada air. Apabila dicampur dengan air biasa dalam satu gelas ia tidak cepat larut malah ia terus jatuh ke dasar gelas.


10. Bila dititis atas kertas ia tidak akan meninggalkan kesan apabila dilap.


11. Celupkan kepala macis ke dalam madu. Kepala macis yang terkena cairan madu masih boleh dinyalakan bila digesek.


12. Madu asli akan membentuk heksagen di dalam air yang tak dikacau.
Wallahualam. Semoga kita tidak ditipu lagi....

sumber : http://www.jphpk.gov.my/Malay/Ogos06%2028d.htm

Hanya 20 peratus madu lebah di pasaran asli
Oleh Mona Ahmad
Berita Harian, 28 Ogos 2006

KOTA BHARU: Kajian penyelidik Universiti Malaya (UM) mendapati hanya 20 peratus madu lebah yang dijual dalam pasaran negara ini asli, selebihnya madu campuran dan sintetik.

Penyelidikan mereka juga mendapati penggunaan madu campuran dan sintetik dalam bahan makanan dan minuman secara berterusan boleh menjejaskan kesihatan,termasuk peningkatan kandungan sukrosa dalam badan dan merosakkan sel herpa (hati).

Ketua penyelidikan itu, Prof Dr Kamaruddin Mohd Yusoff daripada Jabatan Perubatan Molekular, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), berkata rumusan itu hasil kajian mereka terhadap ratusan madu tempatan yang didakwa asli dari seluruh negara.

Beliau berkata, menerusi kajian yang dijalankan sejak 1998 itu, pihaknya mendapati kebanyakan madu tempatan yang didakwa asli itu sebenarnya madu campuran atau sintetik.

Kami dapati kebanyakan madu yang didakwa asli ini menggunakan campuran gula pasir dan kandungannya ada yang mencecah 50 peratus, sekali gus boleh menyebabkan penyakit kencing manis jika diambil berterusan.

Madu sintetik pula dihasilkan di kilang menggunakan sirap jagung berfruktosa tinggi yang dicampur dengan asid pekat yang menghasilkan sejenis bahan yang dikenali sebagai hydroxymethylfurfuraldehyde (HMF).

"HFM menghasilkan sejenis toksik yang boleh menjejaskan sel herpa (hati) pengguna dan boleh menyebabkan kanser usus besar," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Beliau membentangkan kajian bertajuk Kewujudan Madu Campuran dan Sintetik di Malaysia itu di Persidangan Antarabangsa Mengenai Penggunaan Madu dalam Bidang Perubatan: Daripada Sarang ke Terapi, anjuran Universiti Sains Malaysia (USM), di sini.

Persidangan yang turut disertai peserta dari luar negara termasuk Amerika Syarikat, New Zealand dan Australia dirasmikan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed, malam kelmarin.

Dr Kamaruddin yang sudah terbabit dalam bidang penyelidikan madu sejak 20 tahun lalu, berkata pihaknya menerima ratusan botol madu tetapi hanya memilih 40 botol termasuk dari Sabah dan Sarawak untuk kajian lanjut.

"Hasil kajian sampel di makmal, hanya sembilan botol madu itu adalah asli, selebihnya madu dicampurkan dengan gula dan sintetik yang dihasilkan di kilang menerusi tindak balas kimia," katanya.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati ketika membeli madu yang dijual di pasaran, bagi mengelakkan ditipu seterusnya menjejaskan kesihatan.

"Memang madu banyak khasiat terutama dari segi perubatan, tetapi jika kita tersalah pilih dengan makan madu bukan asli, banyak keburukan yang bakal menanti. Belilah madu terus dari penternak atau sumber yang diyakini," katanya.


link paperwork : 
http://eprints.um.edu.my/876/1/honey.pdf

1 comment:

  1. ..salam ..sy ada menjual herba warisan yg mampu menyembuhkan kanser dan pelbagai jenis kanser..tahap 1 tahap 2 tahap 3 tahap 4. insya allah. memusnahkan dan mematikan sel sel kanser.. herba warisan ini terlalu berkesan dan saya jamin tuan tuan dan puan puan akan terkejut dengan rawatannya yang cepat dan selamat untuk sembuh...daun daun herba warisan terpilih memang tidak akan jumpa di mana mana.percaya lah.. .. .merawat dan membaik pulih...jangan biar sehinga terlewat..jangan biarkan hidup derita..selagi boleh rawat lebih baik di rawat..hutan belantara kita tersembunyi sejuta 1 rahsia...herba ini amat amat mujarab..jangan biar derita membunuh kehidupan anda.ramai yang dah berjaya sembuh dengan produk sy call saya xpun msg xpun wasap sy 0174687570 mohd zuhairi... sy cma bntu membantu...sy tidak sangup tngok org dpn mata sy sengsara xpun di ragut nyawa...penawar nya telah ada...hubungi sy secepat munkin Orang yang tiada penyakit kanser andai nak amal kan herba saya ini pun boleh...jadikan amalan harian untuk menjaga badan dan membuang toksid...orang ada kanser..
    .saya akan membantu merawat hingga sembuh Penawar kanser dan herba: Saya juga akan membantu anda memberi nasihat dan motivasi bagai mana untuk hadapi kanser..cara2 utk bdepan knser..pemakanan..dan nasihat2 utk anda..pada anda kanser adalah petama dalam hidup...pada sy yg dh jumpa ramai pesakit..munkin kita bley bkongsi pendapat n bgai mna hendak merawat sampai sembuh..sy hulur kn tangan pd anda..sambut lh sebelum telambat..ramai pesakit sy sudah sembuh.anda bila lagi....hubungi atau wasup kan saya dengan segera.0174687570 mohd zuhairi NAMA SYARIKAT SAYA.....JUTAWAN HERBS NO PENDAfTARAN SYARIKAT SAYA PG 0346818-W NAMA PEMILIK MOHD ZUHAIRI BIN NOORDIN

    ReplyDelete