Monday, 17 January 2011

NASI GORENG KAILAN

BAHAN2 UNTUK NASI GORENG KAILAN ( 5 org )
1. 1/2 kg. sayur kailan yang dipotong menyerong  1 inci 
2. 5 piring nasi sejuk 
3. 300 grm. udang yang sudah di buang kulit
4. 2 sudu teh halia parut atau tumbuk lumat
5. 5 biji telor ayam
6. 5 ulas bawang putih di cincang
7. 3 sudu makan kicap masin
8. 1 sudu teh lada sulah
9. 1sudu teh serbuk perasa ayam
10. minyak goreng secukupnya

 Cara Memasak
1. Panaskan minyak di dalam kuali
2. Tumis halia bersama dengan bawang putih hingga mengeluarkan bau harum nan sedap.
3. Masukkan udang sampai masak
4. Kemudian masukan sayur kailan  ( di sisihkan ketepi )5. Masukkan telur ayam dan kacau hingga masak
6. Masukkan nasi dan kacau hingga rata bersama telur dan yang lainnya tadi.
7. masukkan serbuk perasa, kicap dan lada sulah, kemudian kacau sampai rata.
8. Apabila semuanya masak dan berbau wangi , bolehlah dihidangkan.
9.Taburkan hirisan lada merah dan daun sadri.

No comments:

Post a Comment