Monday, 17 January 2011

RESEPI NASI AYAM

Bahan-bahan ( 6-8 orang )

  • Untuk rebus
  • -1 ekor ayam 
  • - 2 ulas bawang putih
  • - 2sm halia yg diketuk
  • Untuk perap
  • > 1 sudu besar kicap pekat
  • > 1 sudu besar sos tiram
  • > 1cm halia
  • > 2 ulas bawang putih
  • > sedikit kicap cair
  • >sedikit madu untuk nampak kilat apabila digoreng.
  • Untuk nasi
  • - 5cwn beras
  • - 3 sudu besar butter
  • - 1cm halia- ditumbuk
  • - 4 ulas bawang putih -ditumbuk
  • - air rebusan ayam tadi secukupnya
  • - sedikit garam.
  • Bahan sos lada
  • > 5biji cili merah
  • > 5 ulas bawang putih
  • > 2cm halia
  • > 1 sudu teh cuka, garam, gula
  • > 1/2 cawan air
  • Bahan sos kicap
  • > Baki air perapan ayam tadi bolehlah digunakan sebagai sos kicap.
  • > Tambah sedikit kicap manis dan masak.
  • Untuk sup
  • -lebihan air rebusan ayam
  • -1 biji bawang besar kisar
  • -rempah sup
  • -garam
  • -daun sup yg dihiris.

Cara-cara

  1. Ayam dibersihkan dan di lumur dengan 2 ulas bawang putih yg ditumbuk dan 2sm halia yg diketuk.
  2. Masak air dalam periok sehingga betul2 mendidih, kemudian masukan ayam tersebut dan tutup rapat. Padamkan api dan biarkan selama 45 minit.
  3. Toskan ayam dan perap dengan bahan-bahan untuk perap selama 15-20min. Goreng hingga garing.
  4. Basuh beras dan toskan. Panaskan butter, tumis halia dan bawang putih hingga garing. masukkan beras, terbit bau, masukkan air rebusan ayam secukupnya dan garam. Masak seperti biasa.
  5. Untuk sos-blendkan semua bahan diatas. boleh ditambah tomato sos/sos cili jika suka. Boleh juga dimasak sebentar (jika suka)
  6. Untuk sup- air rebusan ayam didihkan bersama bawang besar, rempah sup, garam dan daun sup tadi.

No comments:

Post a Comment